Dapatkan CRS Koopers dengan harga subsidi!

featured image subsidy mycrs 2022 1

Inflasi menyebabkan semakin ramai ibu bapa bimbang dengan kos sara hidup yang tinggi. Tanggungjawab terbesar ibu bapa adalah untuk memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang selamat dan selesa. Apabila Program MYCRS Subsidi diumumkan oleh Perdana Menteri semasa Bajet 2022, ia merupakan satu berita yang menggembirakan ramai ibu bapa terutama golongan B40. Bajet sebanyak RM30 juta ini memberi peluang kepada ibu bapa golongan B40 membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk anak mereka dengan harga subsidi.

Pada tahun 2020, penggunaan CRS adalah wajib di dalam undang-undang Malaysia yang menyatakan setiap kanak-kanak harus menggunakan kerusi keselamatan kanank kanak CRS sehingga:

⦁ Berat 36kg
⦁ Tinggi 135cm
⦁ Usia 12 tahun

Pada masa yang sama, MIROS telah menerbitkan satu Garis Panduan Kerusi Keselamatan CRS untuk mendidik ibu bapa tentang pemilihan dan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Garis panduan tersebut juga menekankan bahawa ibu bapa harus membeli CRS yang diperakui di bawah peraturan UNR sahaja, iaitu ECE R44/04 atau ECE R129 seperti mana yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Sejak itu, terdapat perubahan kesedaran drastik di kalangan ibu bapa mengenai penggunaan yang betul dan CRS yang dijual di pasaran Malaysia hendaklah mempunyai kelulusan CTA JPJ serta patuh piawai keselamatan negara Eropah ECE R44/04 atau R129.  Pengimpot atau pengedar kerusi keselamatan kanak kanak juga perlu mendapatkan kod QR untuk setiap model dari MIROS dimana ini akan memudahkan pembeli untuk kenal pasti kesahihan sesebuah CRS dengan hanya mengimbas kod QR untuk mendapatkan maklumat spesifikasi model, gambar model, kelulusan ECE, kelulusan CTA dan termasuk panduan pemasangan. 


Semua CRS Koopers patuh piawaian keselamatan negara Eropah ECE R4 4/04 atau R129 dan telah mendapat kelulusan CTA JPJ serta label kod QR MIROS.yang ditampal di bahagian belakang CRS Koopers. 

miros qr code and details
Dapatkan CRS Koopers dengan harga subsidi! 5

Untuk model yang sama yang dihasilkan sebelum 2020, CRS tersebut mungkin tidak mempunyai pelekat tetapi jangan risau, anda boleh mendapatkannya dari sini. Setakat ini, JPJ tidak akan mengeluarkan saman jika tiada label kod QR MIROS bagi CRS yang dikeluarkan sebelum tahun 2020.

Sebagai jenama CRS No 1 di Malaysia, Koopers menawarkan 17 model untuk pilihan ibubapa dan sudah pasti ada CRS Koopers yang sesuai untuk anak anda! Koopers bukan sahaja mementingkan aspek keselamatan tetapi juga keselesaan anak anda dalam setiap perjalanan

Semua reka bentuk dan fungsi CRS Koopers dihasilkan berdasarkan maklum balas dan pengalaman pengguna CRS Koopers. Bahan fabrik yang dipilih juga bersesuaian dengan cuaca panas Malaysia. Jadi jangan risau! 

FINAL Poster SUBSIDI CRS 2 1
Dapatkan CRS Koopers dengan harga subsidi! 6

Program Subsidi MYCRS yang diumumkan dalam Bajet 2022 menunjukkan niat murni kerajaan dalam memupuk kesedaran penggunaan CRS di kalangan ibubapa. Siapakah yang layak untuk subsidi ini dan apakah kiteria kelayakan pemohon?  

Antara kriteria pemohon adalah:
⦁ 188 000 pemohon terawal
⦁ Pemohon dalam rujukan data utama daripada penerima BPR 2021 berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak LHDN/e-Kasih ICU
⦁ Warganegara yang menetap di Malaysia
⦁ Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN.
⦁ Berkahwin dan mempunyai anak yang berusia kurang dari 12 tahun.
⦁ Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang berusia kurang dari 12 tahun.
⦁ Satu keluarga hanya layak menuntut rebat untuk satu CRS sahaja.

how to get mycrs subsidy
Dapatkan CRS Koopers dengan harga subsidi! 7

Semua model kerusi keselamatan kanak kanak CRS Koopers layak dan tersenarai dalam program subsidi MyCRS. Pendaftaran pemohonan subsidi telah bermula dari 1 Mac – 30 Sept 2022 dan anda boleh klik di http://www.mycrs.gov.my/ untuk mendaftar. Setelah semakan dibuat dari 1 April – 31 Oct dan jika permohonan diluluskan, anda boleh membeli kerusi keselamatan kanak kanak CRS Koopers daripada wakil penjual sah yang disenaraikan yang oleh MIROS atau boleh hubungi pihak Koopers untuk pertanyaan berkenaan dengan wakil Koopers yang terdekat dengan anda.


Sebagai ibu bapa baru, anda mungkin keliru dengan pelbagai pilihan CRS yang ada di pasaran, maklumat panduan cara pemilihan CRS yang betul boleh didapati di sini. Koopers percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan produk yang terbaik dan adalah tanggungjawab Koopers selaku pengedar tunggal di Malaysia untuk menyediakan CRS yang selamat, selesa. mesra guna dan mampu milik kepada pengguna.


CRS Koopers kini didapati di lebih daripada 100 kedai barangan bayi dan ibu di seluruh Malaysia. Cari yang terdekat dengan anda di sini.

Koopers