PROGRAM INSENTIF MYCRS 2023

PROGRAM MYCRS 2023 SUBSIDI

Program Subsidi MyCRS kini kembali lagi dengan nama baru Program Insentif MyCRS! Ibu bapa tidak perlu lagi risau dengan kos sara hidup yang berlebihan kerana kerajaan sekali lagi membantu memberi sumbangan. Tanggungjawab utama ibu bapa ialah memastikan anak-anak mereka membesar dalam persekitaran yang selamat dan selesa.

Tahun ini, keutamaan diberikan bukan sahaja kepada kumpulan B40, tetapi juga kepada kumpulan M40. Bajet jumlah peruntukan RM12 juta dari belanjawan 2023 memberi peluang kepada ibu bapa B40 dan M40 membeli kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) untuk anak mereka pada harga subsidi. Insentif MyCRS ini akan meringankan beban ibu bapa.

Insentif sehingga RM150 akan diberikan kepada setiap pemohon yang layak. Siapakah yang layak untuk menerima MyCRS 2023?

  1. Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
  2. Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun
  3. Warganegara yang menetap di Malaysia
HARGA CAR SEAT MYCRS MALAYSIA
PROGRAM INSENTIF MYCRS 2023 7

Jadual Insentif Pembelian MyCRS 2023

Kelayakan akan ditapis oleh LHDN & MOF dari semasa ke semasa. Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023 sehingga 30 Oktober 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus. Kepada pelanggan yang telah mendaftar pada tahun 2022, kelayakan adalah secara automatik. Ini bermaksud walaupun anda sudah menuntut subsidi pada 2022, anda layak untuk membeli sekali lagi dengan harga insentif MyCRS 2023.

Pembelian bermula dari 19 Jun 2023 kepada yang layak pada tahun 2022 dan bagi individu yang belum pernah memohon, anda boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023. Semakan kelayakan baharu adalah seminggu selepas membuat pendaftaran.

MyCRS Insentif carseat malaysia
PROGRAM INSENTIF MYCRS 2023 8

Jadual Fasa Pelaksanaan Program Insentif MyCRS 2023

MYCRS 2023 CAR SEAT MALAYSIA SUBSIDI HARGA
PROGRAM INSENTIF MYCRS 2023 9

Contoh Harga Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak (CRS) Koopers Selepas Penolakan Insentif

Bagi pemohon yang layak, pastikan anda sertakan salinan MyKad yang jelas kepada wakil penjual yang sah. Ibu bapa harus memastikan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang dibeli adalah produk yang diiktiraf di bawah program ini. Contoh-contoh produk yang diiktiraf adalah:

  • Memenuhi piawaian standard United Nation Regulation No.44 atau No.129
  • Mempunyai Kelulusan Jenis  Komponen (CTA) oleh JPJ
  • Mempunyai pelekat label Kod QR MIROS
7180025
Label pelekat United Nation Regulation
Pago Label QR0040250
Label Kod QR MIROS

Program Insentif MyCRS meliputi semua jenis kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) Koopers. Sebagai ibu bapa kali pertama, anda mungkin tertanya-tanya dengan pelbagai pilihan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di pasaran. Koopers percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat produk terbaik, selamat dan selesa dengan harga yang berpatutan. Pembelian dengan harga insentif MyCRS hanya sah di senarai wakil penjual yang diiktiraf oleh pihak MIROS. Semakan senarai wakil penjual yang sah boleh dibuat di sini .

Leave a Reply

Koopers