Permohonan Subsidi Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (MYCRS) kini dibuka!
Peruntukan MYCRS sebanyak RM30 juta untuk rakyat Malaysia.
Berapa jumlah untuk setiap subsidi MYCRS?
Subsidi MYCRS terbahagi kepada dua kumpulan.

Contoh

Siapa yang layak?
- 188 000 pemohon terawal dalam kalangan B40.
- Anak angkat mestilah berdaftar dengan JPN.
- Berkahwin dan mempunyai anak yang berusia kurang dari 12 tahun.
- Ibu bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang berusia kurang dari 12 tahun.
- Satu keluarga hanya layak menuntut rebat untuk satu CRS sahaja.

Semakan kelulusan boleh dibuat di http://www.mycrs.gov.my/orangawam/check. Jika layak, anda harus beli daripada wakil penjual yang tersenarai di laman sesawang http://www.mycrs.gov.my/include/SenaraiWakilPenjual.pdf . Hanya daripada penjual yang tersenarai sahaja pemohon boleh rebat sehingga 50% atau maksima RM150.
Mengapa harus beli daripada wakil penjual yang tersenarai?
Pemilihan CRS sangat penting untuk memastikan produk tersebut mempunyai kelulusan piawai keselamatan negara Eropah (ECE R44/04 atau R129) dan juga CTA JPJ. Setiap wakil penjual yang tersenarai di http://www.mycrs.gov.my/include/SenaraiWakilPenjual.pdf mempunyai COSA (Child Occupant Safety Advisor) yang terlatih dengan pengetahuan tentang CRS.
Koopers adalah antara senarai jenama yang memenuhi kedua-dua kelulusan dan garis panduan kerusi keselamatan kanak-kanak Malaysia. Koopers boleh didapati di lebih 100 kedai kelengkapan bayi dan ejen sah di seluruh Malaysia.